Thursday, June 16, 2011

tiNta dAri sEorAng hAmba...


Sekiranya kita cinta kepada manusia…
Tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita…
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah…
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya…

Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu pada orang yang mencintainya
Orang yang kita cintai…
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta…
Cintakanlah aku pada seseorang yang
Melabuhkan cintanya kepada-mu…
Agar bertambah kekuatan cinta-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta…
Jagalah cintaku padanya agar tidak
Melebihi cintaku pada-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh hati…
Jagalah hatiku agar berpaling dari-Mu…

Ya ALLAH rabbul izzati…
Jika aku rindu…
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Merindui syahid di jalan-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku rindu…
Jagalah rinduku agar tidak lalai
Merindui syurga-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku menikmati cinta kekasihmu
Jagalah kenikmatan itu agar tidak
Melebihi kenikmatan
Indahnya Bermunajat di sepertiga malam-Mu..

Ya ALLAH…
Jika Kau halalkan diriku untuk Mencintai kekasihmu…
Peliharalah diriku agar sentiasa sedar
Tidak ada cinta yang seindah
Rindu-Mu yang abadi…

Beruntunglah hamba yang mencintai
Dan mendapat balasan daripada penciptanya…
Kerana seluruh alam turut jua
Mencintainya…

No comments:

Post a Comment