Tuesday, November 29, 2011

pEringaTan..!!!

kau lihat ramai yg tidak Solat.
kau lihat ramai yg berCouple, bebas pergaulan, bersentuhan, berKhalwat.
kau lihat ramai yg mendedahkan Aurat. (ketat, sendat, jarang & sbgainya)
kau lihat ramai yg suka menguplodkan Gambar². (dgn trdedah Aurat. ketat, sendat & sbagainya. dgn Gaya², aksi yg menghairahkan) 
kau lihat, dgr byk Berita yg berzina, buang dan bunuh Anak.
kau lihat ramai yg tak ambil tahu Hukum², hal² Agama.
kau lihat, dgr byk sgt hal², Hukum Agama diremehkan, tak dipandang.
kau lihat, dgr byk sgt prkara² Maksiat, dibuat, disanjung, disokong.

• Jgn pernah Kau rasa, anggap ia tak salah, tak Berdosa.. tak mengapa dikerjakan. 
• Kau perlu kuat, Yakin pd ketetapan Allah, janji² Allah, ingat akan pesan, wasiat Nabi saw.
• Apa² keraguan, tanyalah para Alim Ulama'. Dlm al-Quran dijelas segalanya, ia Mukjizat, Petunjuk, Penyelamat hingga Kiamat. 
• Yang dilarang, Maksiat itu hasilnya tlh terserlah Keburukan, Kerosakannya.. Yang disuruh, Baik itu hasilnya tlh terserlah Keindahannya, Kecantikannya. 

Firman Allah swt: Belumkah datang kpd mereka berita penting tntng org² yg sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Aad (Hud), Tsamud (Shaleh), kaum Ibrahim, penduduk Madyan (Syu'aib) dan negeri² yg telah Musnah? (Lut). Telah datang kpd mereka Rasul² dgn mmbawa keterangan yg Nyata, maka Allah tidaklah sekali² menganiaya Mereka, akan tetapi merekalah yg menganiaya Diri mereka sendiri. (At-Taubah 70)

Sesungguhnya Allah tidak berbuat Zalim kpd Manusia sedikitpun, akan tetapi Manusia itulah yg berbuat Zalim kpd Diri mereka sendiri. (Yunus 44)








Saturday, November 26, 2011

miSteri biNaan piRamid dijAwaB oLeh Al-Quran


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)



Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
                                                    Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

                                                                                     Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”


                                                                                            Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Friday, November 25, 2011

jAngaN LuahkAn..

Bolehkah seseorang itu meluahkan perasaan kepada orang yang disukainya?
Persoalan ini diajukan kepada seorang panel dalam forum "INDAHNYA MEMBINA SYURGA CINTA", beberapa hari yang lalu disini. Tapi jawapan yang diberi agak mengelirukan. Jadi nak jelaskan di sini bagaimana ISLAM melihat perkara ini.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Saidatina Fatimah berkata kepada Saidina Ali r.a:

“Maafkan aku, kerana sebelum berkahwin denganmu. Aku pernah jatuh cinta pada seorang pemuda”. Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau berkahwin denganku? Dan siapakah pemuda itu?”. Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”.

Faham kan? Kesimpulannya,  jangan luahkan selagi dia bukan milik kita kecuali melalui orang tengah @ kita benar-benar bersedia untuk berkahwin dengannya. Bukan suka-suka hati boleh kita luahkan pada orang yang kita suka. Cuba renungkan kisah di atas, Saidatina Fatimah tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Saidina Ali sampailah dia berkahwin dengan Saidina Ali.



Tuesday, November 22, 2011

paNdai @ boDoh..??

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini..

Sunday, November 20, 2011

suRat cinTa uNtuk caLon suaMiku..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dear calon suamiku..
Apa khabarnya imanmu hari ini..?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur
Kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu
Atas amanah yang saat ini sedang engkau genggam

Wahai calon suamiku..
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dashyatnya..?
Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa
Agar aku bijak menyingkap sebuah kehidupan
Dan bersiap untuk mendampingimu kelak
Meskipun kadangkala keluh dan putus asa menerpa
Namun kini ku rasakan diri ini lebih baik

Aku juga bertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku
Iaitu di bahagian yang sangat rapuh
Namun kini aku tahu jawapannya
Allah tahu dimana tempat yang paling tepat
Agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya
Ujian demi ujian, InsyaAllah membuatku menjadi lebih teguh
Sehingga saat kita bertemu nanti, engkau bangga memilikiku dihatimu

Calon suamiku..
Entah dimana dirimu sekarang
Tapi aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku
Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang teguh
Sehingga aku juga bangga memilikimu kelak

Apa yang aku harapkan darimu adalah menjadi insan yang soleh
Semoga engkau juga mengharapkan perkara yang sama tentang diriku
Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan dariku
Hanya sia-sia yang akan engkau perolehi

Aku masih memerlukan akan ilmu
Namun berbekalkan ilmu yang ada pada saat ini
Aku berharap dapat menjadi isteri
Yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku

Wahai calon suamiku..
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan ibuku
Tiada lain doaku agar menjadi anak yang solehah
Agar kelak dapat menjadi bekalan keduanya di akhirat

Namun, setelah menjadi isterimu
Aku berharap dapat menjadi pendampingmu yang solehah
Agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu
Mendampingimu yang soleh

Aku ini seorang insan yang sangat cemburu
Tetapi jika Allah dan Rasulullah
Yang lebih engkau cintai daripadaku
Aku rela
Aku harap begitu juga dirimu
Aku yakin engkaulah yang aku perlukan
Walaupun nanti bukanlah engkau orang yang aku harapkan

Calon suamiku yang dirahmati Allah..
Apabila sebuah pondok menjadi perahu pernikahan kita
Tidak akan aku namai dengan pondok derita
Kerana itulah mahligai dakwah kita
Dan ia akan menjadi indah ketika kita dihiasi dengan cinta dan kasih

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita
Bantulah aku untuk bersama-sama mendidiknya
Dengan harta yang halah
Dengan ilmu yang bermanfaat
Terutamanya dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah

Bunga akan indah pada waktunya
Ketika ia mekar menghiasi taman
Maka kini sedang aku persiapkan diri ini sebaik-baiknya
Bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik
walaupun bukan umat yang terbaik
Tetapi setidak-tidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak

Calon suamiku..
Inilah sekilas harapan yang ku ukirkan dalam rangkaian kata
Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan
Dapat diungkapkan dengan kata-kata
Itulah yang kini ku hadapi
Kelak saat kita sedang bersama
Maka disitulah engkau akan memahami diriku
Begitu juga diriku yang akan belajar memahamimu

Bersabarlah calon suamiku
Doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu
Untuk menjemputku sebagai bidadarimu
Semoga Allah selalu menjagamu
Agar tidak tersentuh yang bukan mahrammu
Walaupun hanya dengan hujung kuku
Agar engkau dapat mempersembahkan dirimu sebaiknya untukku
Begitu juga diriku
Yang ingin mempersembahkan diriku sebaiknya hanya untukmu

Sekian dahulu wahai calon suamiku..
Salam cintaku untukmu..
Waalaikumussalam..

Calon isterimu..

Saturday, November 5, 2011

ciNta beRsuLam noDa - deHeaRty

Di malam sepi ku sujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa
Ku cemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Ku tahu Dialah penerima taubat
Walaupun ku sering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Ku sering berjanji namun sering ku mungkiri 
Janji yang tak pernah lagi ku tepati

Ku pasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Ku mohon jauhkan diriku dari azab-Mu



Tuesday, November 1, 2011

aKu iNgin....


CINTA secara islam hanya satu iaitu perkahwinan.
CINTA berlaku setelah ijab kabul.
CINTA lepas kahwin itulah cinta qudus.
CINTA yang bermaruah bukan cinta murahan, inilah kemuliaan agama kita ISLAM.
CINTA penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
CINTA adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

• Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.
• Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
• Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
• Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie (pendakwah)
• Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
• Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya