Tuesday, June 14, 2011

kEhiDupAn..


Pada suatu hari, seorang pemuda ini bersiar-siar di tepi hutan.
Ketika dia menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba dia terdengar ngauman harimau.
Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya sahaja.
Hamba Allah ini lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau itu mengejar pemuda ini.
Dia berlari lintang-pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan.
Dengan kuasa Allah, dilihatkan sebuah perigi di depan matanya.
Pemuda ini terjatuh ke dalam perigi itu.
Perigi itu dilengkapi dengan tali yang pendek dan sebuah timba.
Dia bergantungan di tengah-tengah perigi itu dan berfikir untuk menyelamatkan diri.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi itu.
Rupa-rupanya ada dua ekor buaya yang kelaparan.
Apalah nasibnya sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Kemudian keluar seekor tikus putih dari celah lubang perigi naik ke atas melalui tali pemuda itu bergayut.
Tikus itu terus menggigit tali itu.
Tikus yang berwarna hitam juga berbuat demikian.
Dia berfikir lagi jika naik ke atas dia akan dibaham harimau.
Tiba-tiba sekumpulan lebah lalu di atas nya sambil membawa madu.
Dia pun mendongak ke langit dan setitik madu terjatuh ke dalam mulut pemuda itu.
Sungguh nikmat hingga tidak terkata.
Ingatlah..kerana setitik madu, pemuda itu lupa ada harimau sedang menantinya.
Untuk pengetahuan anda, pemuda itu adalah kita semua.
Harimau yang mengejar itu adalah maut, ajal yang sentiasa mengejar kita.
Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
ali yang hamba Allah itu bergayut itu adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan tikus hitam itu adalah dunia kita siang malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Madu yang jatuh ke dalam mulut hamba Allah itu adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik sahaja madu itu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya yang sedang menantinya.
Perkara ini samalah seperti kita apabila mendapat nikmat, kita sudah lupa pada Allah dan apabila waktu susah barulah hendak ingat pada Allah.
Sentiasalah pahat di hati bahawa mati itu pasti, hidup itu insyaallah..

No comments:

Post a Comment