Saturday, June 18, 2011

sEmeMaNgnyA kiTa tiDaK puNya aPa-apA...


Lahirmu insan ke dunia ..
Tanpa bekalan apa-apa ..
Dirimu  dungu tak mengerti apa-apa ..
Tubuhmu jelek penuh hanyir dan lendir ..
Tanpa sebarang pangkat atau nama ..

Atas rahmat illahi ..
Kelu dibesarkan dalam kasih sayang Nya ..
Diberikan pangkat ,ternamalah kita ..
Diberikan darjat ,disanjunglah kita ..
Diberikan ilmu ,berpengetahuanlah kita ..
Diberi petunjuk , sedarlah kita ..

Rupanye hidup ini pinjaman semata ..
Segalanye itu hanyalah kemudahah ..
Untuk kita jalankan tugas sebagai duta di bumi ini ..
Bukanlah untuk memilikinya ..

Lantas …
Atas hak apa kita berbangga..?
Pada sesuatu yang  kita tak punya ..
Kalau diambil kembali semuanya ..
Jadilah kita orang yang tak punya apa-apa ..
Kerana sememangnya kita tak punya apa-apa ...!

Thursday, June 16, 2011

tiNta dAri sEorAng hAmba...


Sekiranya kita cinta kepada manusia…
Tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita…
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah…
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya…

Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu pada orang yang mencintainya
Orang yang kita cintai…
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta…
Cintakanlah aku pada seseorang yang
Melabuhkan cintanya kepada-mu…
Agar bertambah kekuatan cinta-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta…
Jagalah cintaku padanya agar tidak
Melebihi cintaku pada-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh hati…
Jagalah hatiku agar berpaling dari-Mu…

Ya ALLAH rabbul izzati…
Jika aku rindu…
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Merindui syahid di jalan-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku rindu…
Jagalah rinduku agar tidak lalai
Merindui syurga-Mu…

Ya ALLAH…
Jika aku menikmati cinta kekasihmu
Jagalah kenikmatan itu agar tidak
Melebihi kenikmatan
Indahnya Bermunajat di sepertiga malam-Mu..

Ya ALLAH…
Jika Kau halalkan diriku untuk Mencintai kekasihmu…
Peliharalah diriku agar sentiasa sedar
Tidak ada cinta yang seindah
Rindu-Mu yang abadi…

Beruntunglah hamba yang mencintai
Dan mendapat balasan daripada penciptanya…
Kerana seluruh alam turut jua
Mencintainya…

Wednesday, June 15, 2011

sEbuAh peLayAraN..


Pelayaran hidup akan berjaya
Jika nahkodanya agama..
Tetapi ingat, arus dosa dan noda
Akan tetap jadi halangan..
Untuk kita sampai ke destinasi hakiki
Iaitu jalan kebenaran..
Janganlah kita karam di lautan dunia
Kerana pegangan kita kepada
Tiang ketakwaan anak longlai..
Dan janganlah kita terjun ke lautan dunia
Semata-mata untuk mencari
mutiara kepuasan..
Bertahanlah sehingga ke penghujung pelayaran..
Kerana di situ kita akan menikmati nikmat
Yang dijanjikan oleh-Nya
Iaitu kehidupan abadi... 

Tuesday, June 14, 2011

kEhiDupAn..


Pada suatu hari, seorang pemuda ini bersiar-siar di tepi hutan.
Ketika dia menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba dia terdengar ngauman harimau.
Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya sahaja.
Hamba Allah ini lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau itu mengejar pemuda ini.
Dia berlari lintang-pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan.
Dengan kuasa Allah, dilihatkan sebuah perigi di depan matanya.
Pemuda ini terjatuh ke dalam perigi itu.
Perigi itu dilengkapi dengan tali yang pendek dan sebuah timba.
Dia bergantungan di tengah-tengah perigi itu dan berfikir untuk menyelamatkan diri.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi itu.
Rupa-rupanya ada dua ekor buaya yang kelaparan.
Apalah nasibnya sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Kemudian keluar seekor tikus putih dari celah lubang perigi naik ke atas melalui tali pemuda itu bergayut.
Tikus itu terus menggigit tali itu.
Tikus yang berwarna hitam juga berbuat demikian.
Dia berfikir lagi jika naik ke atas dia akan dibaham harimau.
Tiba-tiba sekumpulan lebah lalu di atas nya sambil membawa madu.
Dia pun mendongak ke langit dan setitik madu terjatuh ke dalam mulut pemuda itu.
Sungguh nikmat hingga tidak terkata.
Ingatlah..kerana setitik madu, pemuda itu lupa ada harimau sedang menantinya.
Untuk pengetahuan anda, pemuda itu adalah kita semua.
Harimau yang mengejar itu adalah maut, ajal yang sentiasa mengejar kita.
Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
ali yang hamba Allah itu bergayut itu adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan tikus hitam itu adalah dunia kita siang malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Madu yang jatuh ke dalam mulut hamba Allah itu adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik sahaja madu itu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya yang sedang menantinya.
Perkara ini samalah seperti kita apabila mendapat nikmat, kita sudah lupa pada Allah dan apabila waktu susah barulah hendak ingat pada Allah.
Sentiasalah pahat di hati bahawa mati itu pasti, hidup itu insyaallah..

Friday, June 10, 2011

wAniTa...

Kau Diibaratkan Umpama Epal..
Epal Yang Tidak Berkualiti..
Amat Mudah Diperoleh..
Kerana Ia Berguguran Di Tanah..

Tapi.. Epal Yang Berkualiti..
Berada Di Puncak..
Susah Dipetik Dan Digapai..
Terkadang Epal It Risau..
Lalu Terdetik Dihatinya..
“ Mengapa Diriku Belum Dipetik..?? “
Lantas Dia Merendahkan Martabatnya..
Dan Menggugurkan Dirinya Menyembah Tanah..

Sedangkan Ia Allah Telah Jadikan..
Begitu Tinggi Martabatnya..
Sehingga Tiada Siapa Yang Berani Memetiknya..

Hanya Pemuda Yang Benar-Benar Hebat Sahaja..
Yang Mampu Memetiknya..
Mungkin Bukan Di Dunia..
Tapi Di Akhirat..
Biarlah Jodoh Bukan Di Dunia..
Asalkan Cinta Illahi Mengiringi..

“ janganlah kamu berkata-kata dengan lembut (manja) semasa kamu bercakap dengan lelaki ajnabi kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk padamu) dan sebaliknya berkata dengan kata-kata yang baik dan bersopan “

“ cantik wanita kerana kejernihan wajah, manis wanita kerana senyuman indah, ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebat wanita kerana kesabaran dan keimanan yang teguh “

“ mana-mana wanita yang memakai wangian kemudian melalui suatu kumpulan manusia dan mereka boleh mencium baunya maka wanita itu berzina dan semua mata itu berzina “

Wednesday, June 8, 2011

aDam & hAwa..

Adam Dan Hawa
Dua Ikatan Mesra
Penghujung Kasih Sayang Dua Jiwa
Antara Dua Jasad Yang Berbeza
Adam Bagaikan Nakhoda
Hawa Bagaikan Bahteranya
Kedamaian Terbit Di Hati
Menyusuri Nikmat Illahi

Hawa
Tercipta Dek Kesepian Adam
Dijadikan Dari Rusuk Adam
Untuk Dilindungi Dan Dicintai
Bukan Untuk Diherdik Dan Dinodai

Adam
Seorang Insan Yang Bergelar Lelaki
Memerlukan Hawa Untuk Dicintai
Untuk Memenuhi Kehendak Sanubari
Untuk Dijadikan Inspirasi Diri

Hawa
Siapalah Adam Tanpa Hawa
Mengapa Harus Diragui Lagi
Dirimu Amat Bererti
Dalam Mencipta Sebuah Mimpi

Adam
Cintai Dan Hargailah Hawa
Jangan Hanyutkan Mereka Tanpa Hala
Dirimu Ibarat Nakhoda
Kemudilah Bahtera Sebaiknya
Agar Nur Illahi Akan Kau Temui
Dalam Melayari Lautan Kehidupan

Adam Dan Hawa
Termaktublah Sebuah Perjanjian
Antara Dua Hati
Saling Melengkapi
Pelengkap Duniawi
Sesungguhnya Dirimu Khalifah Di Muka Bumi
Menjadi Bukti Kekuasaan Illahi