Dalam perjalanan hidup ini terlalu banyak liku yang perlu ditempuhi. Adakalanya kita keliru untuk memilih jalan yang harus disusuri kerana ada waktunya terlalu banyak persimpangan jalan di hadapan. Kadang-kadang kita memilih jalan yang betul dan kita meneruskan lagi perjalanan hidup ini sehingga ke persimpangan yang seterusnya. Seringkali juga kita terpilih jalan yang salah sehingga kita terpaksa berpatah balik untuk mencari jalan yang betul. Begitulah hidup ini, kita memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Memang masa itu tidak boleh diputar balik tetapi untuk memulakan sesuatu yang baru bukanlah mustahil. Jika anda gagal mencapai sesuatu, jangan terlalu bersedih kerana selagi ada waktu yang tinggal anda masih boleh mencuba. Jangan anggap semua hidup anda adalah milik takdir. Memang 10% daripada hidup ini tidak boleh dikawal kerana ia adalah takdir yang berlaku kepada kita. Tetapi 90% daripada hidup ini kita boleh kawal kerana ini adalah bahagian bagaimana kita bertindak ke atas takdir yang telah berlaku kepada kita. Oleh itu, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan tindakan bijak atau tidak bijak. Sebagai contoh, suatu pagi sebelum anda ke tempat kerja, anda bersarapan bersama anak dan isteri. Secara tidak sengaja anak anda telah tertumpah kopi ke atas baju anda. Kalau anda bijak, anda akan mengatakan "Tidak apa sayang, kamu cuma perlu berhati-hati lain kali". Anda tersenyum dan bergegas semula untuk menukar pakaian. Apabila anda keluar anak anda sudah pun menaiki bas sekolah dan sempat melambaikan tangan ke arah kamu dengan gembira. Anda pula terus ke tempat kerja dengan perasaan tenang. Tapi jika anda tidak bijak, anda akan menengking anak anda itu. Anak anda itu pula menangis teresak-esak dan terus pergi ke sekolah dengan perasaan yang amat sedih dan rasa bersalah. Anda pula pergi ke tempat kerja dengan perasaan yang tidak tenang dan dengan muka yang masam. Siapakah yang patut disalahkan di sini. Cawan kopi? Anak anda? Isteri anda ataupun anda sendiri? Sebenarnya tiada pihak yang perlu disalahkan di sini kerana apa yang berlaku itu memang tidak dapat kita kawal. Anda tidak akan tahu bahawa cawan kopi itu akan tertumpah pada pagi itu. Tetapi tindakan ke atas apa yang telah berlaku sememangnya anda boleh kawal. Hanya anda yang perlu tentukan sama ada tindakan itu dapat mengurangkan masalah ataupun menambahkan lagi masalah.
Friday, April 8, 2011
hiDup perLu p0siTiF

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment