Wednesday, June 13, 2012

Tiap diRi yaNg diLahirKan iTu bErmaKna, bErhaRga daN tiDak siA-sia



Tiap diri yang dilahirkan itu, bermakna.
Tiap diri yang dilahirkan itu, berharga.
Tiap diri yang dilahirkan itu, tidaklah sia-sia.

Allah tidak membebankan ibumu dengan sakit melahirkanmu tanpa sebarang sebab ... melainkan kerana itulah harga mendapatkanmu, permata yang bernilai.

Dalam dirimu ada sesuatu yang akan membahagiakanmu.
Antara sedar mahupun tidak, hanya perlu dicari dalam hatimu.
Sedikit pun kita tidak sedar, kadangkala kelemahan itu datang untuk menguatkanmu juga.

Tahukah?
Jika engkau diberi kekuatan, kekuatan itu untuk meyakinkanmu pada dirimu,
agar engkau tetap melangkah, tanpa lemah.
Jika kau diberi kelemahan, kelemahan itu untuk mengajarkanmu satu kekuatan,
untuk engkau meneguhkan jiwa dalam menerima kesedihan.
Tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa alasan.

Percayalah.

Engkau dijadikan cantik , kerana senyumanmu mampu menenangkan jiwanya.
Engkau dijadikan pintar , kerana kepintaranmu mampu menjaganya.
Engkau dijadikan tenang, kerana ketenanganmu meluruhkan egonya.
Engkau dijadikan lembut, kerana kelembutanmu menyurutkan kemarahannya.

Sekalipun engkau tidak sedari, engkau adalah sesuatu...
dan tidaklah sesuatu itu dijadikan tanpa hikmah di sebaliknya.

Yakinlah.

Engkau dijadikan kerana ada yang memerlukanmu.
Engkau dihidupkan kerana ada yang menyayangimu.
Engkau dijemput kerana di situ tempatmu.
Engkau disingkirkan kerana Dia lebih tahu, ada yang lebih baik buatmu.

Redhailah, atas setiap ketentuan ... kerana Dia tahu jalan di hatimu.

Setiap dugaan itu, mengajarmu menerima seadanya.




Monday, June 11, 2012

jaNgaN....tApi....


Jangan memuji kecantikan hamba-Nya..
Tapi pujilah Allah yang menciptakan hamba-Nya..
Jangan masukkan namanya di hatimu..
Tapi masukkanlah asma Allah hingga hatimu tenang..

Jangan sedih jika cintamu didustakan..
Tapi sedihlah jika kamu mendustakan Allah..
Jangan meminta cinta kepadanya..
Tapi mintalah cinta pada Allah yang memiliki cinta abadi dan sejati..
Jangan percaya dengan kata-kataku..
Tapi percayalah dengan firman Allah yang Maha Benar...


Saturday, June 9, 2012

Apabila dua orang telah digariskan untuk hidup bersama...

Maka...
Sejauh apapun mereka...
Sebanyak apapun rintangan yang menghalangi...
Sebesar apapun beda diantara mereka...
Sekuat apapun usaha mereka untuk menghindarkannya...
Meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya...
Meski mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya...
Bahkan tidak pernah saling bertegur sapa...

PASTI tetap saja mereka akan bersatu....
Seakan ada magnet yang menarik mereka...
Akan ada hal yang datang untuk menyatukan mereka berdua 
Akan ada suatu kejadian yang membuat mereka saling mendekat...
Dan akhirnya bersatu...

Namun...
Apabila dua orang telah ditetapkan untuk tidak berjodoh...
Maka...
Sebesar apa pun usaha mereka untuk saling mendekati...
Sekeras apa pun upaya orang disekitar mereka untuk menyatukannya...
Sekuat apa pun perasaan yang ada di antara mereka berdua...
Sebanyak apa pun komunikasi di antara mereka sebelumnya...

PASTI akan ada hal yang membuat mereka akhirnya saling menjauh...
Ada hal yang membuat mereka saling merasa tidak serasi...
Ada hal yang membuat mereka saling menyedari..
Bahawa memang bukan dia yang terbaik...
Ada kejadian yang menghalang mereka untuk bersatu...
Bahkan kalau mereka disatukan sekalipun...
Pasti akan terlerai ikatan itu...

Namun...
Apa yang perlu kita ingat adalah...
Yakinlah dengan segala Ketentuan yang diberikan oleh Allah...
Apa yang telah digariskan dan yang telah ditulis oleh Allah dalam kitab Nya..
Adalah yangg TERBAIK untuk kita...
Kerana Dia lah yang Maha Tahu apa yang TERBAIK buat kita...
Sementara kita hanya mengetahui sedikit...
Dan itu pun hanya berdasarkan pada perkiraan kita...

Maka...
Jika kita tidak mendapatkan suatu hal yang kita inginkan...
Itu bukan bererti bahawa kita tidak layak untuk mendapatkannya....
Tetapi ia bererti kita akan memperoleh yang lebih baik lagi dari sebelumnya...
Meskipun saat ini...mata manusia kita tidak memahaminya...
Meskipun saat itu...perasaan kita memandangnya dengan sebelah mata...
Meskipun saat itu...otak kita melihatnya sebagai sesuatu yang buruk....

Tidak...
Jangan terburu-buru mengatakan...
Bahawa engkau telah diberikan sesuatu yang buruk....
Bahawa engkau tidak layak....
Kerana kelak engkau akan menyadarinya...
Bahawa apa yang telah hilang darimu....
Bahawa apa yang tidak engkau dapatkan....
Bukanlah yang terbaik untukmu...
Bukanlah yang layak untukmu...
Bukanlah sesuatu yang baik untukmu....

Perbanyakkanlah amalanmu dan doamu...
Yakinlah...
Allah akan memilih yang Terbaik buatmu..
Dan menggantikan kehilangan itu dengan yang lebih baik lagi...
Berbanding yang telah hilang menurut pilihan Nya....
Amin.........

Friday, June 1, 2012

soLat isTikHarah

Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan...tenanglah, tenanglah...buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. Lakukanlah samaada sebelum kamu tidur .. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...




SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
TATACARA SOLAT
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
LAFAZ NIAT :
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
RAKAAT PERTAMA :
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
RAKAAT KEDUA :
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
SELEPAS SALAM, BACALAH DOA YANG DISARANKAN DALAN ISTIKHARAH
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

DOA ISTIKHARAH :
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Soalan:
Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, contohnya tentang seorang lelaki, maka dia adalah jodoh kita. Maksudnya dalam solat tersebut jika memohaon doa pada Allah supaya ditunjukkan jodoh kita. Adakah memang itulah takdir Allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah takdir yang mutlak dan tidak berubah?

Jawapan:
1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.
2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.
3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang lelaki dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yang difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.
4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari lelaki yang soleh dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.
5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

Friday, May 25, 2012

i Luv u moM..

I luv ibu... :)
Masa kite dalam perut ibu, masa tu ibu mesti rasa gembira... :)
seronok dapat anak....

masa dah melahirkan kita, keluar dari perut ibu, ibu mula menagis, terharu tengok kite time baby... :(

Bila kite mula besar, kite derhaka kepada ibu...
Kite melawan cakap ibu...
Kite sepak ibu...
Kite lupa ibu...
Kite tinggal ibu di rumah orang tua...
Kite buang ibu merata tempat...
Kite lari dari rumah kerana ibu miskin, malu...
Kite tinggikan suara kepada ibu...

kesian la tengok ibu, ibu hanya minta kasih seorang anak, bukan harta, duit tapi kasih seorang anak yang penyayang... :)

selagi ibu maseh ada, peluk ibu,minta maaf ye...
sebelum ibu kite pergi buat selama-lamanya...
Tabarakallah...

A human body can bear only up to 45 del (unit) of pain. But at the time of giving birth, a woman feels up to 57 del (unit) of pain. This is similar to twenty bones getting fractured at a time." - A miracle of Allah s.w.t.

Love our mother ,the most beautiful person in this earth, our best critic, yet our best supporter..

"We have enjoined on man kindness to his parents; in pain did his mother bear him, and in pain did she give him birth"(46:15)..
Tabarakallah..



 

Wednesday, May 16, 2012

kaMu bErkaHwin kEraNa apA..?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .


Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .


Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
 






Sunday, May 6, 2012

KISAH BAU KASTURI DAN ZINA..

DARIPADA BERGELUMANG DENGAN NAJIS ZINA BAIK BERGELUMANG DENGAN NAJIS MANUSIA..


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang. Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.