Wednesday, June 13, 2012

Tiap diRi yaNg diLahirKan iTu bErmaKna, bErhaRga daN tiDak siA-sia



Tiap diri yang dilahirkan itu, bermakna.
Tiap diri yang dilahirkan itu, berharga.
Tiap diri yang dilahirkan itu, tidaklah sia-sia.

Allah tidak membebankan ibumu dengan sakit melahirkanmu tanpa sebarang sebab ... melainkan kerana itulah harga mendapatkanmu, permata yang bernilai.

Dalam dirimu ada sesuatu yang akan membahagiakanmu.
Antara sedar mahupun tidak, hanya perlu dicari dalam hatimu.
Sedikit pun kita tidak sedar, kadangkala kelemahan itu datang untuk menguatkanmu juga.

Tahukah?
Jika engkau diberi kekuatan, kekuatan itu untuk meyakinkanmu pada dirimu,
agar engkau tetap melangkah, tanpa lemah.
Jika kau diberi kelemahan, kelemahan itu untuk mengajarkanmu satu kekuatan,
untuk engkau meneguhkan jiwa dalam menerima kesedihan.
Tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa alasan.

Percayalah.

Engkau dijadikan cantik , kerana senyumanmu mampu menenangkan jiwanya.
Engkau dijadikan pintar , kerana kepintaranmu mampu menjaganya.
Engkau dijadikan tenang, kerana ketenanganmu meluruhkan egonya.
Engkau dijadikan lembut, kerana kelembutanmu menyurutkan kemarahannya.

Sekalipun engkau tidak sedari, engkau adalah sesuatu...
dan tidaklah sesuatu itu dijadikan tanpa hikmah di sebaliknya.

Yakinlah.

Engkau dijadikan kerana ada yang memerlukanmu.
Engkau dihidupkan kerana ada yang menyayangimu.
Engkau dijemput kerana di situ tempatmu.
Engkau disingkirkan kerana Dia lebih tahu, ada yang lebih baik buatmu.

Redhailah, atas setiap ketentuan ... kerana Dia tahu jalan di hatimu.

Setiap dugaan itu, mengajarmu menerima seadanya.




No comments:

Post a Comment