PERJALANAN SEMUA MANUSIA DI ATAS SIRAT MUSTAQIM ADALAH BERBAGAI DAN ANTARANYA IALAH :
1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
DI ANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan
umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa
pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada
pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat
duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko
Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang
disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan
meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah.
Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap
menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w.
dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan
manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap
muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai
aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki
sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said
Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a.,
Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis
daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di
akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih
selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH,
sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini
akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya,
siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang
bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan
dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan
tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka
jahannam selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata :
Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat
mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa
melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya
akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin
keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~ Banyakkan bersedekah
~ Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran
perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka
ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api
neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada
seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan
langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan
tersebut.”
* Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong
tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk
merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru,
berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima.
Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita
memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang
tidak sihat ini.
p/s: ini bukan gambaran sebenar Neraka, tetapi ia hanyalah sekadar lakaran semata2. harap maklum.
Titian Siraq 5,000 tahun mendaki, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun curam. Nauzubillah...
No comments:
Post a Comment