Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia..
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan..
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai..
Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya..
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan.?
Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan..
Oleh itu agungilah jasa ibu..ampunilah ibuku..
Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan..
Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas..
Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan..
No comments:
Post a Comment