Kita Selalu Digembar-gemburkan Dengan Kandungan Dan Kebaikan
SoyaYang Mengandungi Nutrien Penting Dan Protein, Tapi Perkongsian Ini Adalah
sebaliknya….!!
Nabi
SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi
kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu
sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam
dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita
selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi
nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya.
Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan
risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya
mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca
kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan
kanak-kanak.
Kajian
menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon
estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu
mengubah perkembangan seksual / sexual development.
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang
soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara
biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang
paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone komponen / sebatian kimia
yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan
kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon,
kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya.
Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah
dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem
penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses
penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai
untuk diminum.
Secara
semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid
yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan
mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan
perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang
soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah,
kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
Kacang
soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus
H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan
manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses
penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah
tempe .
Keadaan
ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan
soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu
berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut
Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University,
Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu
berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu
kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak
sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses
tumbesaran tikus makmal.
Chemical
ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal
pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia
bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA:
Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen
dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam
sehari! Pergh!
FAKTA:
Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram
sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan
hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.