Wednesday, February 20, 2013

Apa beza antara suka dan cinta?

Terjadi sebuah kisah yang istimewa... ^_^

Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu mnjawab :
“ ..macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.. ”

“ ..Terangkan? ” Si gadis musykil...

Si lelaki menjawab : 
“ ...kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik..
Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkn ia pada dahannya 
dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar..
Samalah macam manusia..kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia..
Tapi kalau kita cintakn dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, 
dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walaupun akhirnya dia bukan bersama kita... ”







Wednesday, February 13, 2013

aKu yaNg bErdoSa - sHahiR

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu



Saturday, February 2, 2013

" bEtapa misKinNya kiTa "


Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.
Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang,
si ayah bertanya kepada anaknya,
... "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah,
"Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.
Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.
Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.
Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.
Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata,
"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita.."