Friday, April 27, 2012

SabarLah...TeNaNgLah...TaHajjudLah...

Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu..

Ia akan datang sendiri..
Hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah..

Ikhlas kerana Allah Ta'ala..

Jangan buat kerana jodoh semata-mata..



Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia..

Bukan dengan merayu kasih pada si dia..

Hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman..

Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas..

Takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang..

Minta dengan Allah, Allah bagi segala..




Cepat atau lambat bukan kita penentu..

Jodoh adalah sunnatullah..

Sunnatullah tidak boleh digesa..

Tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya..

Sabarlah...Tenanglah...Tahajjudlah...





Sunday, April 22, 2012

•♥• aNdai aKu adaLah tuLaNg rUsuK mU yaNg hiLaNg •♥•

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~



Thursday, April 12, 2012

BERTUNANG, ANTARA DISIPLIN DAN ABAD YANG TERABAI..

BERTUNANG

Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.

Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang, bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua – duaan, bebas bergambar bersama, bebas keluar ber'dating' dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul, adil serta cantik aturannya.

Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.

Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .



Antara  adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :


Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. 
Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja serta banyak lagi.


Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita "bebas" melukakan apa - apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si "dia" akan jadi milik kita, kecualilah apabila di ijab kabulkan barulah si "dia" betul-betul milik kita..
" Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk berkahwin, maka lakukanlah!" (HR. Abu Daud)








Wednesday, April 4, 2012

anDa dimaTa oRaNg LaiN..

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.