Thursday, January 26, 2012

maMma - iRfan maKki

Everytime I think of you
You always make me smile
Whenever I feel down
You know how to cheer me up
Everytime I feel confused
And I don't know which way to choose
One thing for sure
I can always count on you
When I am near or when I'm far
Or when I'm completely lost..
In my heart I have no fear
Coz you're my guiding star.. oh!

Mamma.. you know that I love you
No matter what I, say or do
I can never thank you
Oo.. Mamma.. you know that I love you
You are the proof of what love can do
Truly you are God's miracle

You're my shelter from the rain
You're the shoulder I cry on
And whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone
And all I've ever dreamed to be
Is to make you proud of me
Coz never once
That you turn your back on me
You're healing words your tender touch
A warmth of your embrace..
The beauty of your soul
Shines to your loving face!

You're name was the first word 
I've ever spoken
You held my hand to the first step I've taken
When I wasn't well you watch me
Through the night
That is why paradise is under your feet



Saturday, January 21, 2012

aKu tiDak peRnah....

Aku tidak pernah memilihmu untukku....
Tapi Allah yang telah memilihmu untukku...

Aku tidak pernah berharap mencintaimu...
Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku
Untuk memberikan cinta ini padamu...

Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu...
Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku
Untuk mendampingimu...

Aku juga tidak pernah berharap
Menanggung rasa ini atas cintaku padamu...
Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini
Dan harus kutanggung atasmu...

Itulah aku adanya...
Tidak pernah kuasa untuk mengatur hatiku sendiri...
Kerana Sang Pemilikku
Yang telah menentukan harus bagaimana,
Memberikan rasa pada siapa,
Menanggung rasa yang bagaimana,
Aku harus berada di samping siapa dan untuk apa...

- Sebutir Kasih Sejuta Sayang -



Sunday, January 15, 2012

disEbaLik...

Disebalik kelemahan di situlah kekuatan…
Disebalik kepayahan, di situlah kemudahan
Disebalik kesukaran di situ ada jalan…
Disebalik kekecewaan, di situlah harapan

Disebalik kesedihan di situlah ketenangan…
Disebalik kepahitan di situlah kemanisan..
Disebalik kekesalan, di situlah keinsafan
Disebalik kekhilafan di situlah pengajaran

Disebalik kebencian di situlah kasih sayang
Disebalik kepalsuan di situlah kebenaran & keikhlasan
Disebalik kepedihan di situlah penawar hati rawan
Disebalik ketidaksempurnaan di situlah permulaan
Dan disebalik kegundahan... di situlah kesyukuran…

Sunday, January 8, 2012

doSa daLam peRkahwiNan..




Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulisblog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.
Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."



Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

Friday, January 6, 2012

jiKa & biLa...

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...


Wednesday, January 4, 2012

joDoh & taKdir - miSk


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yg sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
Tidak kuharap yg hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
Biarpun derita yg menjadi rintangan
Ketulusannya yg tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan





Tuesday, January 3, 2012

" iN a reLatioNship wiTh "

Seorang wanita yang berani meletakkan “in a relationship with” kekasih bukan mahramnya itu...
ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...
kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengan kekasihnya...seperti mengisytiharkan kemaksiatan...
tahukah anda bahawa meletakkan “in a relationship with” kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah???
dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa???
akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...

Tahukah anda bahawa sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...
inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...
tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple...!!!
kalau status pertunangan tidak mengapa la juga..
tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dengan status “in a relationship with” kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...
nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat... ^_^



Sunday, January 1, 2012

iStikHarah ciNta - sigMa


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta..