Tuesday, December 27, 2011

tEruNa & daRa..

si teruna : Awak. Dah lama kita kawan. Jom kawen nak ?
si dara : Tapi... Saya tak pandai masak.
si teruna : Saya nak isteri bukan tukang masak, awak.
si dara : Erm... Saya tak pandai kemas rumah.
si teruna : Saya nak isteri la, awak. Bukan pembantu rumah.
si dara : Eerr... Tapi, saya tak pandai jaga anak.
si teruna : Awak... Saya nak isteri, teman, sahabat, dan ibu kepada anak anak saya. Tu je saya mintak awak. Semua kerja yang awak tak reti tu nanti kita belajar sama sama k...






Thursday, December 22, 2011

LaraNgan meLihaT auRat waNita

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.


Saturday, December 17, 2011

sUsahnya mEnoLak ciNta..

Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam..
Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih..
Ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu..

Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu..
Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi..

~
Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina

Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina..
Orang mana yang tidak akan salah sangka..
Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak kamu untuk bertunang..
Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain..

Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis..
Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri..
Tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu...
Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya..
Dia akan rasa dipermainkan..
Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi..

Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina..
Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya..
Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun, sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 

Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama..
Iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?

~
Jangan tertipu Oleh Perhatian

Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta..
Maka, kita janganlah mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita..
Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia..
Jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia..
Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian..

Penyakit tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita..
Kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih..
Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati..

Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

~
Menolak Cinta

Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang..
Kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja..
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan..
Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah SWT?

Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita..
Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf..
Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin..
Lakukan Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah SWT..
Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu..

Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita..
Jangan menggunakan nada yang tinggi..
Agar ukhuwah tidak rosak..



Monday, December 12, 2011

10 pErkaRa yaNg oraNg yAhuDi taK naK kiTa taHu..

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Thursday, December 8, 2011

sEtanggi syuRga - iN-tEam

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Tersiksa jiwa merindu 
Bagai terkurung dibasah tengkujuh 
Kewangian aroma bunga 
Tak menggugah keteguhan iman 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur 
Pada redup renung mata yang menipu 
Tuntas ku mendaki 
Puncak cinta teragung 

Izinkan aku melafazkan kata 
Bicara hati yang mudah diterjemah 
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung 
(Kerna awan itu rapuh) 

Bahagia buat mereka 
Yang bertemu cinta yang teragung 
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi 

Dendam tak marak menyala dan membakar 
Oleh putih salju yang berguguran 
Kerna dosa itu 
Lebih hitam dan kelam 

Ku anyam rindu menjadi hamparan 
Kerna ku pasti adanya pertemuan 
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan 
Tak bertemu pengucapan 

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Kata janjiMu... 
Seharum setanggi syurga



Monday, December 5, 2011

beRhaTi-haTi keTika meNghaRap


"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.
Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.
Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.
Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?
Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.
Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.
Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.
Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.
Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.
"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."
"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."
Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.
Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.
Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.
Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.
Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.
Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.
Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." -Al-Insyirah: 7-8
Wallahua'lam.


Sunday, December 4, 2011

jaNgan kaU taNgisi..

Mencintai seseorang itu adalah hak kita
Namun memiliki seseorang yang kita cintai
Tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita
Jangan pernah takut melepaskan
Sesuatu yang belum berhak kita miliki
Dia pasti akan kembali
Jika Allah SWT menjadikan ia untuk kau miliki
Atau Allah SWT akan mngganti
Dengan yang jauh lebih baik
Dari yang sekarang kita cintai
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu
Yang BUKAN menjadi hak kita
Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu



Thursday, December 1, 2011

4 aNugeRah ALLAH kepaDa oRang saKit

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:

1-Qalam yang mencatat amalannya, tidak akan mencatat amalan kejahatannya tetapi akan mencatat amal kebaikkan selama ia sakit.

2-Allah menyuruh para Malaikat mencatat amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.

3-Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.

4-Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.